Klik Sini!

Terkini dan Terbaru

Tips Untuk Memenangi Hati Suami Anda..

Berikut merupakan tips untuk memenangi hati suami anda..




1- Jangan hampakan setiap permintaannya walaupun anda melihat seperti berat sebelah kerana hanya anda yang menunaikan permintaannya selalu tetapi dia sebaliknya.

2- Hantarlah pemergiannya ke tempat kerja sampai dia hilang dari pandangan dan sambutlah dia pulang dengan senyuman ikhlas dan dengan wangian dan bersih penampilan, bukan dengan bau bawang atau bau muntah anak.

3- Pastikan rambut anda di rumah sentiasa kemas dan terurus dan sudah pasti, wangi!

4- Urutlah bahu suami atau kakinya tanpa di suruh.

5- Temanilah dia melakukan kerja-kerja pejabatnya walaupun hari dah lewat malam. Lebih baik lagi kalau buatkan air tanpa di suruh.

6- Jadikan kebiasaan dengan membuatkan dia air setiap pagi dan setiap petang atau malam, jangan tunggu di suruh baru buat.

7- Jangan sesekali tinggikan suara ketika bercakap dengan suami.

8- Jangan tinggikan suara atau marah anak-anak depan suami..biasanya suami tak suka suasana yang bising. Dia perlukan ketenteraman setelah penat dari bekerja

9- Isteri-isteri yang garang dan kuat bercakap kena perlahankan nada suara anda....anggaplah seperti bercakap dengan boss kalau nak bercakap pun.

10- Pastikan baju suami sentiasa siap di gosok, tak perlu tunggu dia suruh baru nak gosok...gosok stok baju banyak2 agar dia ada pilihan nak pakai baju bebila saja yang dia suka.

11- Hadiahkan suami barang yang paling dia suka dan menjadi impiannya.

12- Tolong mandikan suami, bukan sekadar mandikan anak-anak saje. Ingat, suamipun mahukan perhatian anda ya. Sudah tentu jika berpeluang tetapi peluang itu perlu direbut.

13- Elakkan bertegang urat dengan suami walaupun anda ingin menyatakan kebenaran atau menegurnya.


14- Ringan-ringankan wajah dengan senyuman ikhlas.

15- Kalau sesat jalan jangan memandai-mandai sound suami atau kontrol, berhikmah dalam memberi pendapat dan penerangan, walaupun anda dah tau suami silap dan anda dah tau jalan tu...suami tak suka nampakkan kekurangannya.

16- Jangan menampakkan anda yang memutuskan sesuatu perkara. Elakkan guna ayat, "Saya nak..." tetapi gunalah "Saya berpendapat...". Hormatilah dia sebagai ketua keluarga.

17- Selalu berdoa kepada Allah agar melembutkan hati suami dan mohon agar rumahtangga anda sentiasa bahagia dan dapat bersama di 'sana' nanti.

18- Paling penting elakkan syak wasangka ketika suami ada panggilan telefon atau ketika suami keluar rumah dan pulang lewat. Ingatlah prasangka kita akan membawa kepada kenyataan jika kerap difikirkan.

19- Bersikap proaktif dengan menyatakan keinginan anda untuk tadarus al-quran bersama dan solat jemaah bersama.

20- Ajak suami main nyorok-nyorok atau apa saja permainan di rumah dengan anak-anak sekali. Jadi budak-budak sekali sekala best apa.

21- Sebelum tidur cium tangan suami dan katakan anda sayang padanya kerana Allah.

22- Pastikan suami sentiasa kenyang di rumah dan rajin-rajinlah masak lauk kegemarannya.

23- Sesekali peluk suami tanpa ada apa-apa niat disebaliknya.

24- Jangan malu untuk melakukan perubahan positif dan proaktif dalam hubungan dan rumahtangga anda, tidak perlu tunggu suami je yang mulakan demi kebahagiaan anda bersama.

25- Layanlah suami anda jika dipinta walaupun anda sangat penat kerana redha suami adalah redha Allah. Bukankah lebih baik dia mendatangi anda daripada wanita lain? 

26- Selalu merasa bangga, gembira dan redha mempunyai suami seperti suami anda.

27- Selalulah melihat kelebihan suami dari kekurangannya.

28- Berilah peluang dan masa kepada suami untuk menyelesaikan masalah tanpa anda terlalu banyak campur tangan. Sesetengah suami rasa tercabar apabila isteri yang lebih mengawal daripadanya.

29- Kalau suami balik kerja dan penat hingga tertidur, elakkan dia dari diganggu oleh sebarang gangguan sama ada telefon, anak-anak dan sebagainya. Biarkan dia berehat sepuas-puasnya.

30- Pastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan harum walaupun disepahkan oleh anak-anak, kemas semula...sesungguhnya kerja mengemaskan tidak pernah habis... Pastikan barang-barang kesayangan suami dijaga dengan baik dan simpan barang-barangnya ditempat yang mudah untuk dia ambil sekiranya anda tiada.

31- Sebelum tidur berazamlah dalam diri untuk selalu menjadi isteri solehah dambaan suami.


p/s: Sememangnya usaha itu perlu lebih untuk mendapatkan apa yang kita nak...ingatlah wang boleh dicari tetapi kebahagiaan tidak boleh ditukar ganti atau dijual beli...biarkan apa saja orang mengatakan tentang kekurangan suami tetapi anda seharusnya sentiasa bangga mempunyai suami sepertinya kerana dialah pelengkap kehidupan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KfU NEWS